Rabu, 9 Januari 2013

Aturan cara guna masker

Assalamualaikum...

Lama rin x update blog nie, kekangan kejew lah kan, nk wt cm ne. Nie pn xdew nak masuk bnyk sgt cuma nk kongsi cara-ii guna shiseido mask nie.. Pasti dew yang dah taw tp rin sajew-ii nak kongsi kat sni.. Yg belom taw to, sila-ii lah baca ye.






nie langkah2 nye, tp lau x jelas, pakai yg manual :)




Cara Penggunaan:
1) Cuci muka terlebih dahulu seperti biasa.

2) Steam atau wapkan muka dengan air panas agar pori2 terbuka lebih kurang 5 minit. (tidak diwajibkan, kalau rajin buat la yer..)

3) Sapukan masker di muka anda, terutama bahagian yg diinginkan seperti hidung atau di kawasan yg byk blackhead & whitehead. (Jauhkan dari terkena pd kening, bibir dan kawasan mata)

4) Boleh gunakan dangan jari. Kalau pakai jari lebih mudah untuk disapu supaya lebih rata di muka.

5) Biarkan selama lebih kurang 30 minit hingga masker benar2 kering/keras.

6) Cabut masker perlahan dari bawah ke arah atas wajah anda dan anda akan lihat sendiri blackhead & whitehead melekat di mask.

7) Bersihkan wajah dengan air dingin agar pori-pori tertutup dengan sempurna.

Dapat digunakan 2 hingga 3 kali dalam seminggu. Jika hanya digunakan untuk daerah hidung, 1 sachet dapat digunakan untuk 5 hingga 6 kali penggunaan. Simpan baki masker yang belum digunakan dalam bekas bertutup.



** SELAMAT MENCUBA**